Pages

Saturday 4 June 2011

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN, APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

Pengenalan

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU)…………… 

3 comments:

Norliza said...

Sila beri pandangan anda terhadap artikel ini. TQ

Hasnan Hassan said...

Telah dilawati.

Hasnan Hassan said...

Lyeeza, artikel mesti bersesuai dengan subjek yang diajar di sekolah.

Post a Comment

 
Copyright 2010 ~ Lyeeza ~. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase